Kami menyokong pelayar, bukan dinosaur. Sila kemas kini pelayar anda jika anda ingin melihat kandungan laman web ini dengan betul.

Avast SecureLine VPN

Menyulitkan sambungan Internet anda dengan satu klik butang untuk privasi dalam talian yang sebenar.

Muat turun percubaanBerfungsi pada Windows MacAndroid dan iOS
Muat turun percubaanBerfungsi pada PCAndroid dan iOS
Pasang pada AndroidBerfungsi pada PCMac dan iOS
Pasang pada AndroidBerfungsi pada PCMac dan iOS
Pasang pada iPhone/iPadBerfungsi pada PCMac dan Android

Untuk mereka yang inginkan kebebasan dalam talian

Elakkan daripada digodam di Wi-Fi awam, hentikan pihak ketiga daripada menjejaki aktiviti dalam talian anda dan akses kandungan kegemaran anda tidak kira di negara mana anda berada dengan Avast SecureLine VPN.

Dapatkan privasi yang sebenar
Sembunyikan aktiviti Internet anda daripada penyedia Internet anda, penggodam, majikan dan banyak lagi.
Sambung dengan selamat
Lindungi privasi anda di mana sahaja anda bersambung, walaupun di Wi-Fi awam yang tidak dilindungi.
Akses kandungan yang anda gemari
Atasi sekatan kandungan dan nikmati perkhidmatan strim berbayar kegemaran anda dari mana sahaja.
Nikmati pelayaran yang amat pantas
Pilih daripada pelbagai jenis pelayan yang pantas yang terdapat di serata dunia.

Dapatkan perlindungan privasi satu klik dengan semua ciri yang anda perlukan

Kekal selamat dengan perlindungan privasi sumber terbuka
SecureLine VPN dibina pada OpenVPN dan OpenSSL, protokol perlindungan privasi yang paling banyak digunakan, boleh dipercayai dan telus.
Bertenang – kami tidak merekodkan aktiviti anda
Tiada sesiapa yang dapat melihat aplikasi yang anda gunakan, tapak web yang anda lawati atau kandungan yang anda gunakan.
Jauhkan pengintip dengan penyulitan AES 256-bit
Menyulitkan semua data masuk dan keluar anda dengan selamat agar pengintip dalam talian tidak dapat melihatnya.
Lakukan tanpa nama
Hilang diri dalam kumpulan pengguna Avast SecureLine VPN yang lain, dengan satu alamat IP yang dikongsi.
Lindungi sebarang Wi-Fi atau rangkaian
Bersambung dengan selamat kepada mana-mana hotspot – walaupun Wi-Fi awam yang tidak dilindungi di kedai kopi, lapangan terbang, perpustakaan dan taman.
Sembunyikan Alamat IP anda
Pastikan IP sebenar anda tidak didedahkan melalui IPv4 dan sekat permintaan IPv6 dengan perlindungan kebocoran DNS.
Strim dan bermain dengan mudah
Kongsi strim dengan mudah dan peribadi – hanya pilih pelayan yang menyokong P2P.
Akses kandungan di serata dunia
Elakkan sekatan geografi dan akses kandungan kegemaran anda, di mana jua anda berada.
Nikmati pengalaman P2P yang lebih baik
Nikmati filem definisi tinggi, permainan twitch yang sensitif kelewatan dan pindahkan fail bersaiz besar dengan mudah dengan satu klik.
Pilih daripada 700 pelayan di 34 buah negara
Di mana sahaja anda tinggal, kami ada pelayan yang sesuai untuk anda.
Akses Android TV
Strim kandungan secara terus pada TV pintar Android, NVIDIA Shield TV atau Mi Box anda secara peribadi dan selamat.
Ketahui lebih lanjut
Tunjukkan kurang
Hentikan pengintip dan pengintai dalam talian

Hentikan pengintip dan pengintai dalam talian

Hentikan pengintip dan pengintai dalam talian
Tidak perlu bimbang majikan, kerajaan atau ISP anda mengintip aktiviti dalam talian anda. Satu klik – dan mereka tidak dapat melihat apa-apa.

Apakah itu VPN?

Rangkaian Persendirian Maya (VPN) menyulitkan sambungan Internet anda, supaya anda boleh merahsiakan aktiviti dalam talian anda dan menghalang pihak ketiga seperti ISP anda, majikan, kerajaan atau penggodam daripada melihat apa yang anda lakukan dalam talian. Anda juga boleh mengakses kandungan kegemaran anda dari mana-mana lokasi kerana VPN juga membantu anda mengatasi sebarang sekatan kandungan.

Apakah itu VPN?

Siapakah yang menjejaki anda dalam talian?

Penyedia Perkhidmatan Internet boleh:
  • Melihat semua yang anda lakukan dalam talian
  • Menjual sejarah perubatan, kewangan dan sejarah pelayaran anda
Majikan boleh:
  • Mengintip aktiviti dalam talian anda
  • Mengehadkan peluang kerjaya anda sekiranya anda melanggar dasar syarikat
Penggodam boleh:
  • Curi identiti anda
  • Godam akaun anda
Kerajaan boleh:
  • Tapis perkara yang anda lihat
  • Intip anda

Avast SecureLine VPN melindungi privasi anda

Sembunyikan alamat IP anda
Alamat IP anda adalah salah satu cara utama bagi penyedia perkhidmatan Internet dan orang lain untuk menjejaki anda dalam talian. Oleh itu, jangan berikan mereka lebih daripada yang sepatutnya: pelayan kami akan menjadi topeng anda dengan memberikan alamat IP baharu kepada anda.
Alamat IP kongsi tunggal
Sungguh mudah hendak menghilangkan diri dalam kesesakan. Apabila anda bersambung ke pelayan kami, anda mendapat alamat IP yang sama seperti orang lain yang bersambung kepadanya – ini akan lebih menyukarkan trafik pada pelayan itu untuk dikaitkan dengan sesiapa sahaja.
Dapatkan perlindungan kebocoran DNS
Kami memastikan data pelayaran anda selamat daripada kebocoran DNS, oleh itu penyedia perkhidmatan Internet anda tidak dapat melihat Alamat IP anda atau apa yang anda lakukan dalam talian.
Nikmati aktiviti tanpa direkodkan
Selepas anda disambungkan ke pelayan, kami tidak menjejak aplikasi yang anda gunakan, tapak web yang anda lawati atau kandungan yang anda gunakan. Jika ada orang yang bertanya, kami tidak dapat menjawabnya.
Mod VPN Pintar
Nikmati pengalaman pelayaran yang lancar tanpa kompromi terhadap privasi dan keselamatan. VPN Pintar memilih lokasi pelayan anda yang optimum secara automatik, supaya anda dapat fokus dalam menikmati kehidupan yang berhubung tanpa kerumitan.
Tunjukkan kurang
✔
Sembunyikan aktiviti dalam talian anda
✔
Tidak mengelog tapak web yang dilawati atau penggunaan aplikasi
✔
Perlindungan kebocoran DNS
Ketahui lebih lanjut
Jadikan sebarang sambungan selamat

Jadikan sebarang sambungan selamat

Jadikan sebarang sambungan selamat
Lindungi diri anda daripada ancaman rangkaian yang lebih luas, penggodam dan penipu dengan hanya satu klik. Anda bukan bersendirian dalam rangkaian itu. Kami menggunakan %tagStart2%penyulitan%tagEnd2% gred bank untuk menyalurkan komunikasi anda dengan selamat menerusi sebarang rangkaian – walaupun tidak jelas.

VPN juga melindungi anda daripada ancaman rangkaian

Dengan penyulitan gred bank, data anda sentiasa dilindungi dan selamat daripada penipu dalam talian serta ancaman rangkaian.

Dapatkan perlindungan privasi yang dibina menerusi ketelusan
Kami telah membina perlindungan anda pada protokol VPN yang digunakan secara meluas dan paling dipercayai: OpenVPN. Protokol ini yang paling dipercayai kerana sumber terbuka. Tiada kod proprietari yang tidak diketahui yang melakukan perkara pelik pada data anda. Kami menggunakan pustaka OpenSSL dan menjalankan kesemua proses melalui port UDP supaya anda mendapat kelajuan terpantas.
Dapatkan keselamatan yang sentiasa boleh dipercayai
Sifer pilihan kami ialah standard penyulitan termaju 256 bit (AES). Mengapa? Baiklah, andai kata terdapat sebuah hiperkomputer yang dapat mengatasi penyulitan kami ini, ia akan mengambil masa yang sangat lama untuk merengkahnya. Bukan itu sahaja, ia juga kerana tidak akan ada tenaga yang mencukupi di dunia ini untuk menjalankan komputer seperti ini jika komputer ini benar-benar wujud. Kami amat teliti dengan cara itu.
Diluluskan Apple
Pelaksanaan iOS dan macOS kami menggunakan protokol IPsec dan kami telah membina semuanya pada tindanan proprietari Apple untuk memastikan keserasian dan prestasi yang terbaik. Matlamat kami: menghubungkan anda dengan kelajuan sepantas kilat.

Lindungi diri anda daripada penipuan dalam talian yang biasa

Tidak begitu mudah untuk mengetahui apabila anda ditipu atau dieksploitasi dalam talian tetapi Avast SecureLine VPN memberi anda perlindungan lanjutan terhadap jenis serangan yang biasa ini.

Elakkan penghiduan paket
  • Anda disambungkan kepada rangkaian terbuka yang tidak dilindungi dan log masuk ke dalam akaun anda. Tetapi anda bukan bersendirian dalam rangkaian itu.
  • Anda mendapat kuki, mereka juga mendapat kuki.
  • Mereka kini mempunyai akses kepada akaun anda.
Kesan hotspot palsu
  • Anda bersambung kepada Wi-Fi di kedai kopi kegemaran anda bukan?
  • Anda pasti itu rangkaian mereka? Adakah kedai itu mempunyai Wi-Fi?
  • Mungkin kedai itu tiada Wi-Fi dan anda kini menyalurkan data anda ke dalam komputer penyerang.
Berhati-hati dengan muslihat kembar jahat
  • Peranti anda gemar bersambung secara automatik kepada rangkaian yang diketahui dan menjimatkan masa anda.
  • Itu perkara yang cukup berisiko untuk dilakukan.
  • Sungguh mudah mencipta rangkaian kembar yang akan menipu telefon, komputer – mahupun anda.
Hentikan serangan orang tengah
  • Tanpa diketahui oleh anda, seseorang memasukkan diri mereka di antara anda dan Internet.
  • Mereka dapat mengubah apa yang anda lihat di tapak kegemaran anda, mengubah hala anda ke tapak web palsu, mengambil alih komunikasi anda serta mencuri akaun dan kata laluan anda.
Tunjukkan kurang
✔
Penyulitan gred bank
✔
Berdasarkan pada teknologi sumber terbuka untuk Windows dan Android
✔
Keserasian dan prestasi terbaik yang diluluskan Apple
✔
Perlindungan melalui Wi-Fi awam dan rangkaian yang tidak selamat
Ketahui lebih lanjut
Akses kandungan yang anda gemari dari mana sahaja anda berada

Akses kandungan yang anda gemari dari mana sahaja anda berada

Akses kandungan yang anda gemari dari mana sahaja anda berada
Elakkan %tagStart1%sekatan kandungan%tagEnd1% dan nikmati rancangan, strim, serta tapak web kegemaran anda, dari mana-mana sahaja anda berada di dunia.

Ini Internet anda, dapatkannya kembali

Alamat IP anda tidak hanya digunakan untuk menjejak anda dalam talian, tetapi juga digunakan untuk menyekat anda daripada perkhidmatan tertentu. Avast SecureLine VPN menghalang intipan dan membolehkan anda mengakses kandungan yang anda gemari, tanpa nama, dari mana sahaja anda berada.

Lupakan sekatan kandungan
Alami kebebasan Internet yang sebenar dan akses kandungan kegemaran anda. Pilih pelayan optimum anda daripada 55 lokasi pelayan di seluruh dunia.
Dapatkan tawaran dalam talian yang lebih baik
Jimat wang anda dan beli dengan bijak. Elakkan diskriminasi harga (apabila produk ditawarkan dengan pelbagai harga di berbagai wilayah berlainan.) Hanya gunakan Avast SecureLine VPN untuk mencari tawaran terbaik.
Berhubungan dengan rakan anda dengan mudah di P2P
Sebilangan besar lokasi pelayan kami menyokong perangkaian perangkai padan (P2P) dan anda dapat melihat rangkaian yang mana – rangkaian ini ditandai dengan jelas di skrin pilihan anda.
Nikmati penstriman lancar tanpa gangguan
Menstrim acara sukan dalam definisi tinggi dan tanpa penimbalan berterusan. Oleh sebab protokol kami dijalankan melalui UDP, lokasi pelayan kami mempunyai lebar jalur yang mencukupi untuk memastikan pengalaman penstriman yang berkualiti tinggi.
Gunakan media sosial anda di sekolah atau tempat kerja
Perlu menyemak Facebook atau Instagram di sekolah atau di pejabat? Kini anda boleh – disembunyikan daripada pemerhati dalam talian dan tidak ada soalan akan diajukan.
VPN Pintar
Nikmati pengalaman pelayaran yang lancar tanpa kompromi terhadap privasi dan keselamatan. VPN Pintar memilih %tagStart1%lokasi pelayan anda yang optimum%tagEnd1% secara automatik, supaya anda dapat fokus dalam menikmati kehidupan yang berhubung tanpa kerumitan.
Tunjukkan kurang
✔
Akses tapak kegemaran anda
✔
Strim rancangan kegemaran anda
✔
Sokongan perangkai padan
✔
Atasi diskriminasi harga
Ketahui lebih lanjut
Strim dengan selamat pada TV Pintar yang menjalankan Android TV
Baharu

Strim dengan selamat pada TV Pintar yang menjalankan Android TV

Strim dengan selamat pada TV Pintar yang menjalankan Android TV
Berehat sambil bersantai di sofa, strim kandungan kegemaran anda terus pada TV pintar Android, Nvidia Shield TV atau Mi Box anda. Selamat tinggal, penggodam dan akses terhad – helo, skrin besar.
Keselamatan untuk semua peranti Android TV
Privasi untuk penstriman skrin besar anda
Tiada had lebar jalur

Lokasi pelayan SecureLine

  • Australia2 bandar
  • Austria1 bandar
  • Belgium1 bandar
  • Brazil1 bandar
  • Kanada3 bandar
  • Republik Czech1 bandar
  • Denmark1 bandar
  • Finland1 bandar
  • Perancis1 bandar
  • Jerman2 bandar
  • Hungary1 bandar
  • Ireland1 bandar
  • Israel1 bandar
  • Itali1 bandar
  • Jepun1 bandar
  • Latvia1 bandar
  • Lithuania1 bandar
  • Luxembourg1 bandar
  • Malaysia1 bandar
  • Mexico1 bandar
  • Belanda1 bandar
  • New Zealand1 bandar
  • Norway1 bandar
  • Poland1 bandar
  • Portugal1 bandar
  • Singapura1 bandar
  • Afrika Selatan1 bandar
  • Korea Selatan1 bandar
  • Sepanyol2 bandar
  • Sweden1 bandar
  • Switzerland1 bandar
  • Taiwan1 bandar
  • Turki1 bandar
  • United Kingdom3 bandar
  • Ukraine1 bandar
  • Amerika Syarikat16 bandar
Lakukan semuanya dengan amat pantas

Lakukan semuanya dengan amat pantas

Lakukan semuanya dengan amat pantas
Tidak ada gunanya mempunyai sambungan Internet peribadi yang selamat sekiranya tidak dapat dimuat. Kami sentiasa meningkatkan kelajuan dan prestasi pelayan kami, supaya anda sentiasa menikmati pengalaman dalam talian yang anda harapkan.

Kelajuan bertemu kapasiti

Sambungkan dengan selamat dengan keyakinan bahawa kelajuan dan prestasi anda tidak akan terjejas – dengan rangkaian pelayan kami, kami dapat menangani hampir semua kapasiti.

Nikmati prestasi terbaik – walaupun pada waktu paling sibuk
Semua get laluan VPN kami dijalankan pada pelayan perkakasan khusus dan kami memastikan terdapat lebihan kapasiti untuk mengekalkan prestasi walaupun dalam beban yang tinggi. Kami menjalankan sistem menggunakan perkakasan ini untuk mengimbangkan trafik web, supaya pelayan kami tidak akan menjadi sarat.
Kapasiti yang besar
SecureLine VPN kini disokong oleh lebih daripada 700 pelayan – kami sentiasa menambah sepanjang masa dan masih belum mencapai hadnya. Tetapi jika kami menghampiri hadnya, kami boleh meluaskan kapasiti kami dengan cepat dengan memasuki ke dalam rangkaian rakan kongsi yang dipercayai di seluruh dunia.
Kelajuan di bawah tekanan
Secara teorinya, setiap pelayan kami mempunyai daya pemprosesan maksimum sebanyak 2 Gbit/s. Tetapi teori bukanlah dunia sebenar. Kami sering meletakkannya dalam ujian tekanan dan mendapat kelajuan purata 450–600 Mbit/s walaupun semasa dalam beban yang tinggi. Memandangkan semuanya dijalankan melalui UDP, ia cukup pantas untuk membolehkan anda bermain, sepanjang hari.
Tunjukkan kurang
✔
Strim, permainan atau muat turun fail bersaiz besar
✔
Sehingga 10 peranti
✔
Kelajuan sehingga 2 Gbit/s
✔
Tiada had lebar jalur
Ketahui lebih lanjut
Avast SecureLine VPN

Dapatkan Avast SecureLine VPN untuk mula menikmati pelayaran yang benar-benar peribadi

Pilih pakej yang sesuai dengan anda daripada pilihan di bawah.

Muat turun percubaanBerfungsi pada Windows MacAndroid dan iOS
Muat turun percubaanBerfungsi pada PCAndroid dan iOS
Pasang pada AndroidBerfungsi pada PCMac dan iOS
Pasang pada AndroidBerfungsi pada PCMac dan iOS
Pasang pada iPhone/iPadBerfungsi pada PCMac dan Android

Soalan Lazim

Tutup

Hampir selesai!

Lengkapkan pemasangan dengan mengklik fail yang anda muat turun dan mengikut arahan.

Memulakan muat turun ...
Perhatian: Jika muat turun anda tidak bermula secara automatik, sila klik di sini.
Klik fail ini untuk mula memasang Avast.