Kami menguji Avast Cleanup Premium kami yang serba baharu dalam makmal menggunakan alatan standard industri dan hasilnya menjangkaui jangkaan kami. Lihat tahap yang boleh anda capai dalam kehidupan sebenar: permulaan lebih pantas, prestasi lebih baik dan lebih banyak ruang untuk perkara yang penting.
Tidak mengira tahap kemajuan PC dan komputer riba anda, kelajuan dan ruang cakera akhirnya akan menjadi isu untuk ratusan juta pengguna. Prestasi menjadi perlahan dan tidak dapat dielakkan. Sehingga sekarang.
Kami telah membina Avast Cleanup Premium, pengoptimuman PC dan alatan penyelenggaraan kami yang paling berkuasa. Untuk melihat prestasinya, kami mencubanya pada kedua-dua komputer lama dan baharu yang menjalankan Windows 7 serta Windows 10.
2008
Medion® Akoya Menjalankan Windows 7
Core 2 Duo, 2,66 GHz,
4 GB RAM
500 GB, 7200rpm HDD
GeForce® 8600
2012
Alienware™ X51 Menjalankan Windows 7
Core i7, 3,4 GHz,
8 GB RAM
1 TB Cakera Keras, 7200rpm HDD
GeForce® 660 GTX
2017
Surface Book Menjalankan Windows 10
Core i7, 2,66 GHz,
8 GB RAM
256 GB, SSD
GeForce® 965M
Keputusannya di sini
Jika anda boleh membuat secawan kopi semasa menunggu PC anda bermula, kami berpendapat masa but anda terlalu lama. Begini caranya Cleanup Premium mempercepatkan masa permulaan komputer ujian kami:
53%
permulaan lebih pantas
PC Desktop (Core 2 Duo)
336
159
sebelumselepas
(dalam saat)
62%
permulaan lebih pantas
PC untuk Permainan (Core i7)
76
29
sebelumselepas
(dalam saat)
Keputusannya: Alienware yang laju turut mengalami kelewatan yang ketara dalam masa but akibat aplikasi pihak ketiga kerana perkhidmatan, item permulaan dan tugas berjadual mengambil masa terlalu lama untuk dimuatkan.
Adakah Office dan aplikasi lain amat perlahan? Masa untuk memecut. Dalam ujian standard industri PCMark, kami mengukur kepantasan PC kami sewaktu menggunakan Office (hamparan, slaid, dokumen Word yang bersaiz besar...) dan aplikasi multimedia (pemampatan video, pengekodan…) sebelum dan selepas Cleanup Premium.
51%
lebih laju
PC Desktop (Core 2 Duo)
803
1211
sebelumselepas
(dalam mata)
25%
lebih laju
PC untuk Permainan (Core i7)
2944
3698
sebelumselepas
(dalam mata)
Keputusannya: PC lama dan baharu mendapat lonjakan mata prestasi — sehingga 51% lebih pantas daripada sebelumnya.
Permainan adalah amat sensitif terhadap sebarang aplikasi yang berjalan di latar belakang — dan untuk pemain, setiap bingkai sesaat (FPS) amat bermakna.
9%
FPS lebih tinggi
PC untuk Permainan (Core i7)
45
49
sebelumselepas
(dalam bingkai mengikut saat)
6%
FPS lebih tinggi
Ultrabook (Core i7)
33
36
sebelumselepas
(dalam bingkai mengikut saat)
Keputusannya: Walaupun permainan amat bergantung pada prestasi kad grafik, Cleanup Premium dapat memperbaik FPS antara 6 hingga 9%. Sesetengah pemain membelanjakan ribuan ringgit untuk mencapai peningkatan seperti ini!
Kami mengira jumlah keseluruhan fail sementara dan cache pelayar yang boleh dibersihkan menggunakan Cleanup Premium.
68 GB
dibersihkan
PC Desktop (Core 2 Duo)
120
188
sebelumselepas
(ruang cakera kosong dalam GB)
39 GB
dibersihkan
PC untuk Permainan (Core i7)
20
69
sebelumselepas
(ruang cakera kosong dalam GB)
22 GB
dibersihkan
Ultrabook (Core i7)
33
55
sebelumselepas
(ruang cakera kosong dalam GB)
Keputusannya: Dalam PC lama, Cleanup Premium menemui lebih 40 GB titik pemulihan sistem yang lama dan usang. Selain itu, ia telah mengalih keluar 28 GB fail sementara daripada Windows dan program lain — jumlah keseluruhan sebanyak 68 GB! Mesin baharu tidak menyimpan terlalu banyak sarap tetapi apabila 10% ruang dalam komputer riba baharu (Surface Book) digunakan untuk bahan digital adalah suatu yang menyakitkan hati dan tidak diperlukan. Cleanup Premium membebaskan ruang cakera itu untuk anda gunakan mengikut kemahuan anda.