Avast Free Antivirus melindungi komputer anda daripada virus serta perisian hasad, dan juga membantu anda melindungi rangkaian rumah anda daripada penceroboh.
Produk Terbaik
Dinilai Terbaik
Produk Terbaik
Dinilai Terbaik
Untuk memastikan anda selamat dalam talian, Avast Free Antivirus juga menyertakan:
Antara muka yang sangat intuitif, perlindungan aplikasi lanjutan, mod pasif baharu untuk menjalankan berbilang produk keselamatan secara selari — dan sesuatu yang istimewa untuk pemain permainan dan peminat filem.
Perisian tebusan telah menjadi salah satu jenis perisian hasad yang paling biasa — dan berbahaya — di luar sana. Avast Free Antivirus melindungi peranti anda daripada perisian tebusan yang menyebabkan kerosakan supaya anda tidak menjadi mangsa pemerasan digital.
Kami telah menamakan semula Mod Permainan dan memberikan teknik tambahan. Kini dipanggil Mod Jangan Ganggu, mod ini menyekat tetingkap timbul yang mengganggu sama ada semasa anda sedang bermain permainan, menonton filem, atau membuat pembentangan dalam skrin penuh.
Kami bukan sekadar menyemak aplikasi anda untuk mengesan perisian hasad. Kini, kami memerhatikan kelakuannya untuk memastikan ia tidak menjadi berbahaya.
Perisian antivirus kami mengimbas untuk mengesan masalah keselamatan dan prestasi serta membantu anda membaikinya dengan serta-merta. Ia juga melindungi anda dalam masa nyata dengan menganalisis fail yang tidak diketahui lama sebelum ia sampai ke desktop PC atau komputer riba anda — semuanya percuma.
Memulakan muat turun....
Perhatian: Jika muat turun anda tidak bermula secara automatik, sila klik di sini.